Google
 

Thursday, June 07, 2007

Kesalahan Yang Zul Smart Usaha Lakukan

Kesilapan #14 - Kesalahan Yang Zul SmartUsaha Lakukan

Jom kita baca pula kisah kesilapan Zul dalam menjalankan
perniagaan Internet. Zul punya tajuk ni "Mahu Menjaga Hati
Semua Orang".
************************************************************
Kesilapan: Mahu Menjaga Hati Semua Orang
Oleh: Mohd Zulfadli bin Suddin
Di saat awal pembabitan saya dalam perniagaan Internet, saya
sering kecewa dengan mereka yang tidak suka akan usaha dan
perniagaan yang saya lakukan. Mereka ini adalah golongan yang
suka memberikan komen yang negatif sahaja dan mahu melihat
saya berhenti melakukan perniagaan. Mereka suka melihat
saya gagal.
Setiap kali mendapat komen yang negatif (tidak membina), maka
di situlah saya asyik memikirkan mengenai masalah tersebut,
bagaimana untuk meredakan sikap jahat mereka itu dan terus
berfikir dan berfikir mengenai mereka.
Akhirnya saya kecundang. Walaupun jelas mereka salah iaitu
hanya tahu kondem bisnes yang saya lakukan, mengaib dan
memfitnah saya, tapi saya rasa saya telah kalah dan saya
terus berhenti seketika daripada perniagaan Internet.
Motivasi dan usaha perniagaan saya terus berhenti buat sementara
waktu dan akibat daripada itu, semangat saya terus hilang.
Perasaan takut juga memburu dalam diri saya untuk kembali
membabitkan diri dalam dunia online.
Tetapi kemudian, semangat saya untuk melakukan perniagaan
Internet kembali bangkit setelah saya memikirkan mengapa
saya perlu memikir-mikirkan mereka, padahal ada begitu
ramai insan yang lain menyokong akan usaha saya?
Mengapa saya perlu melayan karenah-karenah buruk mereka yang
tidak menyukai saya? Mengapa saya perlu bersusah-payah untuk
mengambil hati mereka? Akhirnya saya bertemu jawapan dan
penyelesaian...
Saya tidak perlu lagi melayan mereka. Saya tidak perlu
memikir-mikirkan bagaimana 'mengalahkan' mereka. Dan yang
penting saya tidak ikut serta lagi dengan anasir-anasir jahat
sebegitu. Apabila difikirkan semula, rupanya saya mempunyai
satu 'penyakit' iaitu ingin menyedapkan hati semua orang
sehingga saya lupa untuk menjaga hati dan kesenangan diri
sendiri semata-mata kerana mahu mengambil hati orang lain.
Hakikatnya, hati manusia kadang-kadang amat sukar untuk
dilembutkan dan hati manusia kadang-kadang pandai berlakon.
Maka dari situ, saya tidak lagi mahu menyusahkan diri untuk
menjaga hati semua orang, sebaliknya saya hanya FOKUS kepada
usaha saya sahaja. Orang suka atau tidak, itu bukan masalah
saya. Itu adalah masalah mereka. :)
Kesimpulan di sini, jika ada seseorang atau beberapa orang
yang tidak suka akan usaha baik anda, lupakan mereka! Jangan
layan dan sertai mereka. Jangan sama sekali berdebat dengan
mereka dan jauhkan diri anda daripada mereka. Jika boleh,
jangan fikirkan langsung mengenai mereka. Sebaliknya,
berusahalah sehingga anda berjaya dan terus berjaya, serta
fokuslah kepada insan yang sentiasa menyokong usaha anda
sebagai usahawan Internet.
Anda hanya memerlukan sahabat dan insan yang memahami anda.
Jika anda ingin tahu, saya bangkit semula adalah kerana saya
ada sahabat yang memahami dan sealiran dengan usaha perniagaan
saya. Maka dari itu, bersahabatlah dengan
mereka yang sama bidang dan sama aliran dengan anda.
Salam motivasi!
Bagi menambahkan semangat anda menjalankan perniagaan Internet,
Layari website Zul di http://blog.smartusaha.com
Beliau banyak berkongsikan tips-tips perniagaan Internet.
************************************************************
Dalam 100 pembeli produk kita, maybe akan ada seorang dua yang
tidak menyukainya and that's the fact dalam sebarang perniagaan,
online dan offline. Thanks Zul kerana kongsikan apa kesilapan
yang Zul pernah lakukan.
Jadi tinggal 6 sahaja lagi kisah yang belum diceritakan iaitu
dari Irwan Dahnil, Shuth, Sham RajaAdsense, Saifulsham, Zamri
Nanyan dan Tazilan Ibrahim.
Jadi nantikan e-mail saya yang berikutnya kerana Tazilan akan
kongsikan kesilapan beliau pula. Dan cerita Tazilan agak menyayat
hati.
Jumpa lagi 5 hari dari sekarang ;)
To your success,
Hafiz Latib
*************************************************************
Anda menerima e-mail dari no.reply@internetmuda.com. Jika anda
mempunyai sebarang pertanyaan ataupun pendapat, beritahu saya
melalui SMS ke:
HAFIZNama AndaEmail AndaSoalan/Pendapat Anda.
Hantarkan kepada 32781
Pertanyaan atau pendapat anda akan dibalas secepat mungkin.
No 15, Jalan 9, Taman Berjaya, Batu Caves, Selangor 68100, MALAYSIA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
AddThis Feed Button AddThis Social Bookmark Button